Friday, January 15, 2010

Khidmat Hiasan Khemah

Kebanyakan pelanggan kami amat menitik beratkan suasana cantik atau perkahwinan bertema, dengan harga yang berpatutan. Jadi syarikat kami juga turut menyediakan perkhidmatan hiasan khemah 'percuma' untuk tempahan 1500 orang ke atas dan caj yang amat berpatutan sekiranya jumlah tempahan anda di bawah 1500 orang.

Setakat ini syarikat kami sedia untuk menerima tempahan bagi tema hiasan kanopi berwarna putih,maroon,pink,oren,biru,gold,hijau,kuning dan silver.Pihak syarikat kami juga akan mempertimbangkan sekiranya pelanggan mempunyai warna tema citarasa sendiri sekiranya warna yang diterangkan di atas tidak menepati warna yang dikendaki.





Kenduri Kahwin - Pekan, Pahang-



Tempat : Rumah 500, Pekan Pahang
Seramai : 1200 Orang

Harga : RM 9.00 Seorang termasuk RM 200 Tambahan untuk Meja Pengantin dan Hiasan Khemah

Menu: Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Opor Daging, Acar Rampai, Buah Tembikai, Kuih Bakar Bijan, Tapai Pulut, Air Oren

Majlis Berbuka Puasa






Anjuran : Yayasan Pahang
Seramai : 600 Orang

Harga: RM 15.00 Seorang termasuk 10 Meja VIP
Menu: Nasi Putih, Ayam Kuzi, Ikan Tenggiri Berlada, Dalca Sayur, Air Sirap, Buah Kurma, Buah- buahan, 2 Jenis Kuih Melayu dan Bubur Pulut Hitam serta Air Teh O untuk Morei.

Majlis Ulangtahun





Anjuran :Kelab Golf Di Raja Pahang
Tempat: Kelab Golf Di Raja Pahang
Seramai:600 Orang

Harga:RM 25.00 Seorang Secara Berhidang dan VIP
Menu: Nasi Putih, Ikan Patin Tempoyak, Ayam Percik, Sambal Udang, Sayur Campur, Puding Raja, Acar Buah, Air Oren.

Jamuan Hari Raya- PERSENDIRIAN-









Tempahan : Encik Halim
Majlis: Jamuan Hari Raya 2008
Masa: 12 Tengahhari - 8 Malam
Tempat : Bukit Astana, Kuantan
Seramai: 300 Orang

Menu: Nasi Minyak,Ayam Goreng Berempah,Opor Daging,Acar,Sate Ayam,Sate Daging,Nasi Impit,Kuah Kacang,Lemang,Ketupas Palas, Rendang Ayam,Laksa Pahang,Laksa Penang,Soto Ayam,Roti Jala,Kari Ayam,Cendol,3 Jenis Kuih Melayu, 4 Jenis Kuih Raya,Tapai Pulut, Cendol,Air Teh dan Teh O,Air Oren, Buah- buahan.

Harga: RM 30.00 Seorang Termasuk Khemah,Kerusi dan Meja serta semua hiasan khemah termasuk hiasan bunga segar.

Jamuan Hari Raya -BELIA-








Jabatan: Kementerian Belia Dan Sukan Pahang
Majlis: Jamuan Hari Raya 2008
Seramai: 1000 Orang termasuk VVIP.(MENTERI)

Menu: Nasi Tomato,Randang Daging,Rendang Daging,Sate Ayam dan Daging,Lemang,Nasi Dagang,Gulai Ikan Tongkol,Roti Jala, Kari Ayam, 4 Jenis Kuih Melayu,6 Jenis Kuih Raya,Tapai Pulut,4 Jenis Buah-buahan,Cendol,ABC, Air Teh dan Teh O, Air Oren.

Harga: RM 20.00 Seorang